2 Mataku Hilang..Argh!!!Terasa Kabur dunia ini

Hari ini maybe hari yang kurang baik or maybe terlalu bertuah bagiku,ape taknya pagi2 lagi 2 mataku dah hilang..argh!!!tiba2 terasa dunia ini kabur,x dapat nak melihat apa2 denag jelas termasuk awek2 yg cun..dah mcm ni pun masih nk igt benda jahat ke..apa maksud 2 mataku hilang tu???sebenarnya cermin mataku patah dua,gara2 nak betulkan bagi lurus..So tak dapatla aku breakfast pagi ni,mintak tolong member belikan kuih je..

So,nak tak nak terpaksala juga pakai spec yang dah patah dua tu.kalau tidak lansung tak dapat nak buat keja.Tapi agak pening-pening sikit sebab kedudukannya senget dan macam kelakar pun ada..Lunch hour tu ajakla member aku pergi "Amcorp Mall" untuk buat spec baru..kebetulan dier nak pegi Pejabat Pos untuk tuntut "Rebate" kereta and motor.pilih punya pilih bingkai dier so dapatla yang berkenan di hati,nasib la ada diskaun 40%,so dapatla dalam RM200..lega la tu harga tak mahal sgt..

Lepas tu,pegila pulak check berapa power dier..rupa2 dah naik power untuk mata sebelah kanan aku..so igtkan mata sebela kiri okla,tp optometrist bagi tahu sebelah kiri dah bertambah "silau" pulak..so kena jaga2 sikitla,power rabun pun dah sampai 525 untuk dua2 belah mata..byk kan..Tapi lagi banyaknya adalah bayaran untuk semua..percaya atau tidak jumlah semuanya adalah "RM600!!!"..fuyoo..banyak tu

Terkejut aku dibuatnya,tak jangka aku harga dier smp macam tu sekali..optometrist kata power mata ku dah terlalu tinggi and memang kanta dier mahal sikitla..pikir punya pikir okla aku pun setuju..tapi ada satu masalah lagi sebab esok baru siap cermin mataku itu..so apa aku nak pakai arini?camne nak balik rumah nanti..So dier suggest aku pakai "Contact Lense"..jeng..jeng..jeng..benda yang aku dah lama teringin nak pakai..

Harganya ok la,RM60 untuk 3 pasang and untuk 3 bulan..Then,dier ajarla macam mana nak pakai and nak tanggalkan..mula2 tu memang susah betul,tapi lama kelamaan okla...yang susahnya masa nak tanggalkan,rasa macam nak korek keluar biji mata..So akhirnya duniaku kembali cerah..Syukur kepada Allah yang masih memberi kesempatan padaku untuk melihat lagi..

So,tunggu jerla spec baru aku siap esok..then contact lense tu boleh la guna untuk bermain futsal nanti..

* Pengajaran:
- Kenala ada spec "spare" sebab klu jadi macam ni susah,jadi macam org buta la sekejap..
- Kenala ada simpanan yang cukup kegunaan masa kecemasan macam ni,RM600 tu!!!
- Bersyukur la dengan penglihatan yang Allah kurniakan pada kita dan gunakan untuk perkara yang sepatutnya..

Google Adsense

Malam ni tergerak plak kepala aku ni nak check brp dollar aku dapat untuk "Google Adsense" untuk this weekend..check2 tgk 1 sen pun aku tak dapat..huhu..kecewa..kecewa..agak2nya bila la nak cukup $100 tu,baru leh dapt check dr Google..Bukan senang gak nk dpt byk tu...

Rasanya dah dekat sethn gakla aku menceburkan diri dalam Google Adsense ni,tp $50 pun aku lum cecah lagi..rasa2nya memang teknik yang aku guna masih lum menjadi and maybe blog aku tak ramai orang yg masuk..aku kena pikirkanla camne aku nak bagi blog aku ni ramai org masuk and diorg terpanggil untuk klik iklan2 yang ada kat c2..yerla bkn sume org tahu ttg iklan tu kan..

Harap2 Allah kurniakanla idea dan ilham pada hambanya yg pening2 lalat and dah kehabisan idea ni..Tp yg penting aku kenala terus cuba dan mencubakan..

"Bukan senang nak jadi senang,Bukan susah nk jadi susah"...

10 August 2008

Apa yang menariknya dengan 10 August 2008???

Sebenarnya takde ape pun,just tarikh ni besday untuk 2 org member aku yang pernah belajar di ACCP dulu.sorang umur 25 thn and sorg lagi 27 thn.actually aku tak ingat besday diorang, just ada notification dari friendster and terbaca kat blog diorg.So,ape lagi terus wish diorng..walaupun lambat tp at least aku ingat kt diorg kan..

Malam ni aku ngan housemate aku pg la belanja mber kitorg 27 thn ni kt Secret Recipe SS15..sesat jugakla nak cari kedai tu..sampai2 pun lagi setgh jam kedai tu nak tutup..So just order kek ngan air la...ambik2 pic,so terus makan..Then terus balik rumah,yerla sok ari isnin nk keja kan...tp sempat lagi nak tulis dlm blog ni kan..

So,itula aktiviti aku untuk arini...yg lain just makan and melepak kat umah je...nasib la internet and astro ada,lehla layan Olimpik...

Kerja..Kerja..Kerja!!!

Hari ini semangat aku berkobar-kobar nak post dalam blog ni...tension betul rasanya sebab manager aku suruh belajar macam-macam benda dalam masa 2 bulan..ntah dapat ke tak..ni sume gara-gara nak dapat projek untuk support system client aku skrg ni..

Yerla..bos aku la yang bising2 suruh pick up hot skill kat projek aku sekarang ni..So kenala start buka doc2 yg sebelum ni tak larat nak baca..mana taknyer sumenye tebal2 bebenor..pastu kena plan untuk pick up skill technical and functional..fuyoo..bunyi nyer cam senang je,tp nk wat tu yg susahnye..

sekarang ni bos aku guna taktik "Dead or Alive" la,so maknanye kitorang kena pick up semua skill untuk projek support tu or kita lansung tak dapat apa2..So,esok bermula la episod yang boring dan tension dalam hidup aku..dulu aku seorang yang suka senyum and happy go lucky gak la,tp skrg ni dh jadi mcm pasif lak..sbb asyik dok pikir pasal kerja je...

Arggghhhhhhhhhhhhh....Tensionnye!!!

* Ya Allah,selamatkanlah hambamu ini dan permudahkanla apa2 yang aku lakukan..Amin...

"Masalah Session dalam PHP5 and Vista"

Alahamdulillah...Syukur..

Akhirnya dapat jugak aku membuat "session" dalam PHP yang sebelum ni tak dapat nak "create"..rasa macam dah nak "give up" and malas dah nak buat php ni..maklumla dah dah lama aku tinggalkan dunia php yang fana ni..Lagi2 pulak guna php 5 yang baru gak la beberapa tahun diperkenalkan..Banyak post yang aku baca dekat blog,forum dan laman web berkenaan masalah "session" ni (hehe rupa-rupanya bukan aku seorang je yang ada masalah ni..)

Baca punya baca,try punya try..."last2" jadi gak..rupa2nya dier tak dapat nak "create" session dalam file yang aku "setting" dalam file "php.ini" kat dalam folder WINDOWS(C:\WINDOWS)..aku create satu folder baru nama "session" kat dalam folder php(C:\php\session),then tukar nilai "session.save_path" dalam fail "php.ini" macam kat bawah ni...

session.save_path = "C:\php\session"

Lepas tu aku "restart" balik pc..Then aku cubala run kan coding yang ada guna session tu..alhamdulillah menjadi...Betapa seronok rasanya apabila apa yang aku tunggu2 berjaya..Hoooreyyyyyyyyyyyyy!!!!

*Kadang2 kita kena cuba sesuatu benda itu berulang kali dan dengan cara yang mungkin sama or mungkin berbeza...

Fikir-fikirkan lah..

"Blogging"

Apakah pendapat tentang "Blogging"???

Adakah ianya menyeronokkan?
Adakah ianya membosankan?
Adakah ianya boleh mengisi masa lapang?
Adakah ianya membantu perkembangan minda anda?
Adakah ianya meramaikan kenalan anda?
Adakah ianya boleh menjana pendapatan?
Adakah ianya medan untuk meluahkan perasaan?

Apa pun pendapat anda, memang terdapat "Pro" and "Con" nya kerana ia memang lumrah dunia ini..

Fikir- Fikirkan lah..